Friday, February 3, 2012

50 Soalan lawan 1 Soalan

Kisah Abu Yazid dan pengislaman Ketua Paderi serta pengikutnya

Ilmu adalah banteng penyelamat sebagaimana yang diriwayatkan dalam kisah Abu Yazid Al-Bustami, seorang ahli sufi yang terkemuka pada zamannya.

Diriwayatkan bahawa Abu yazid dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Saan. 3 kali mimipinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua paderi. Setelah ketua paderi dating, ketua paderi itu tidak berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islama di dalam gereja itu. Katanya : “Ada orang yang percaya kepada syariat Muhammad di dalam gereja ini.

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu dibunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.



50 soalan selamatkan nyawa Abu Yazid

Ketua paderi berkata : Wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu.

Jawab Abu Yazid: Baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan.

Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan Abu Yazid dapat menjawab kesemuanya dengan tepat. Kata Abu Yazid : Saya sydah menjawab semua pertanyaan tuan. Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?

Semua paderi menjawab : Tidak ada lagi.

Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka : Beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit.

Tidak seorang pun yang dapat menjawab pertanyaan Abu Yazid sedangkan dia telah menjawab berpuluh-puluh soalan daripada paderi.

Mereka lantas meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu. Katanya : Bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju.

Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan sedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.

Bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah, Lailaha Illallah Muhammadar Rasulullah. Jawab ketua paderi itu.

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu yazid berkata : Memang benar kata ketua kamu ini.

Semua paderi memeluk Islam, Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.

Ketua paderi menyambung, “Sahabat-sahabat sekalian, percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang kamu semua tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu”.

Dari mana tuan mengetahui perkara ini?.Tanya salah seorang paderi.

Daripada ketua paderi sebelum saya. Jelas paderi. Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar. Sambung ketua paderi itu.

Lantas ketua paderi dan pengikut-pengikutnya terus memeluk Islam hasil hidayah daripada Allah melalui Abu Yazid.


50 Soalan ketua paderi kepada Abu Yazid Al-Bustami

• KP = Ketua Paderi
• AY = Abu Yazid

1) KP : Yang satu tidak ada duanya
AY : Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.

2) KP : Yang dua tiada tiganya
AY : Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

3) KP : Yang tiga tiada empatnya
AY : Kursi, Kalam dan Arash Allah

4) KP : Yang empat tiada limanya
AY : Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran

5) KP : Yang lima tiada enamnya
AY : Islam telah memfardukan solat 5 waktu; Zohor, Asar, Maghrib, Isyak & Subuh.

6) KP : Yang enam tiada tujuhnya
AY : Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab Suci Juga.

7) KP : Yang tujuh tiada lapannya
AY : Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam kitab Suci juga.


8) KP : Yang lapan tiada sembilannya
AY : Bilangan malaikat yang memikul Arasy Allah yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya) ; “Dan akan memikul Arasy Tuhan
kamu pada hari (kiamat) itu adalah 8 Malaikat”

9) KP : Yang Sembilan tiada sepuluh
AY : Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah,
sebagaimana yang telah tersebut dalam Kitab suci(ertinya); “Di dalam kota itu
dahulu terdapat 9 kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah
melakukan yang baik”

10) KP : Sepuluh yang sempurna
AY : Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana
Firman Allah (ertinya) ; “Maka hendaklah ia (Orang yang berihram haji)
berpuasa 3 hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia
sepuluh yang sempurna.

11) KP : Yang sebelas
AY : Saudara-saudara Nabi Yusuf a.s

12) KP : Yang dua belas
AY : Bilangan bulan dalam setahun

13) KP : Yang tiga belas
AY : Mimpi Nabi Yusuf yang tersebut di dalam kitab Suci ; “Sesungguhnya aku
Melihat sebelas bintang, matahari dan bulan”. Jumlahnya tiga belas.

14) KP : Orang yang berdusta, kemudian dapat masuk syurga
AY : Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusuf. Mereka memberitahu ayah mereka,
Nabi Yaakub bahawa Yusuf telah dimakan serigala. Mereka membawa
pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan
itu adalah suatu dusta.

15) KP : Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka.
AY : Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah (ertinya) ;
“Telah berkata kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum
Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar”. Kedua-dua kaum itu berkata benar
benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu
tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai
agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. sebagai agama yang
sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

16) KP : Tempoh roh dalam badan manusia
AY : Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya
oleh Allah kerana roh adalah urusan Allah jua, berdasarkan firmanNya (ertinya)
; “Katakan roh itu daripada perkara urusan Tuhanku”.

17) KP : Al Zariyati Zarwa
AY : Nama empat macam angin

18) KP : Al Hamilati Wakra
AY : Awan germawan di dada langit

19) KP : Al Jariyati Yusra
AY : Perahu-perahu yang berlayar di laut

20) KP : Al Mukassimati Amra
AY : Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia
pada malam Nisfu Syaaban

21) KP : Yang empat belas
AY : 7 petala langit & 7 lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah (ertinya) ;
“Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada 7 petala langit dan 7 lapis
bumi, datanglah kepada Aku secara patuh terhadap perintah-Ku ataupun
secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, kami akan dating
kepadaMu secara patuh dan taat.

22) KP : Kubur yang berjalan dengan penghuninya
AY : Ikan besar yang menelan Nabi Yunus AS. Nabi Yunus dibawa oleh ikan ke
mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah.

23) KP : Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh
AY : Waktu subuh seperti firman Allah (ertinya): “Demi subuh apabila ia terlepas”

24) KP : Air yang turun dari langit dan tidak keluar dari bumi
AY: Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman AS di dalam botol iaitu air peluh kuda.

25) KP : Empat yang bukan daripada golongan manusia, malaikat dan bukan
daripada punggung lelaki dan daripada perempuan.
AY : Kibas yang dibawa Jibril sebagai korban ganti Ismail AS, unta
Nabi Saleh AS yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam & Siti Hawa AS.

26) KP : Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk
AY : Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah (ertinya);
“Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai”

27) KP : Darah yang mula-mula mengalir ke bumi
AY : Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil

28) KP : Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.
AY : Helah kaum wanita, seperti firman Allah (ertinya); “Sesungguhnya tipu helah
Wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat”

29) KP : Pada mualanya sebatang kayu kemudian menjadi roh
AY : Tongkat Nabi Musa AS

30) KP : Wanita yang paling utama
AY : Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khadijah dan Aisyah, Asiah(isteri firaun) & Maryam binti Imran.

31) KP : Gunung yang paling utama
AY : Gunung Tursina

32) KP : Binatang yang paling utama
AY : Kuda

33) KP : Bulan yang paling utama
AY : Ramadhan

34) KP : Malam yang paling utama
AY : Lailatui Qadar.

35) KP : Tentang Atta`mah
AY : Hari kiamat

36) KP : Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun
ada 5 kembang, 2 bunga di matahari & 3 bunga di tepi kegelapan.
AY : Pohon itu tahun yang padanya ada 12 bulan, 1 bulan ada 30 hari. 5 itu ialah 5 waktu solat.

37) KP : Satu benda yang pergi haji & tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh & tidak wajib haji.
AY : Bahtera Nabi Nuh AS

38) KP : Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.
AY : Air mata, air telinga, air hidung & air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin, & air mulut tawar.

39) KP : Nakir, fatil & kitmir
AY : Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang
terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

40) KP : Sabid & Labad
AY : Bulu kambing biri-biri & kambing kasi

41) KP : Sam & Ram
AY : Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam AS.

42) KP : Maksud keldai Makwak
AY : Keldai Makwak tanda ia melihat syaitai, lalu ia berkata; Allah melaknatnya.

43) KP : Maksud anjing menyalak.
AY : Anjing menyalak bermaksud; Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka
daripada kemurkaan Allah yang Maha Berkuasa.

44) KP : Maksud jeritan kuda
AY : Kuda menjerit bermaksud; Maha Suci Allah yang memeliharaku ketika tentera
berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.


45) KP : Maksud jeritan unta
AY : Unta menjerit membawa maksud; Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila(ertinya);
memadailah Allah bagiku & cukuplah Dia tempat aku menyerah diriku.


46) KP : Maksud nyanyian burung bulbul
AY : Nyanyian bulbul bermaksud ; Maha Suci Allah pada waktu pagi & petang.

47) KP : Maksud bunyi katak
AY : Bunyi katak bermaksud; Maha suci Tuhan yang disembah di mana-mana sahaja
ada makhlukNya & di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

48) KP : Maksud kata-kata burung nakus
AY : “Maha Suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat & di
timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?

49) KP : Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan
daripada jin, manusia & malaikat.
AY : Makhluk itu adalah lebih seperti firman Allah (ertinya) ; “Dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih...”

50) KP : Di mana malam ketika siang & di mana siang ketika malam.
AY : Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah yang amat sulit.

No comments:

Post a Comment