Sunday, June 26, 2011

Hasil Kerja Tangan...

Hasil Kerja Tangan sendiri.....(wife la)




Tuesday, June 21, 2011

Manusia istidraj dihina Allah

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

rencana@utusan.com.my

MUNGKIN ramai di kalangan kita tidak memahami istilah “istidraj”. Istilah ini berasal daripada bahasa Arab dan diambil daripada perkataan darajatun iaitu tangga.


Berdasarkan maksud sebenar, istidraj merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk seperti dikehendaki-Nya.


Bagaimanapun anugerah Allah itu bukan disebabkan Allah menyayangi mereka tetapi lebih merupakan tanda kebencian Allah terhadap golongan berkenaan.


Dengan kata lain, Allah mahu mereka menjadi lebih sesat melalui kelebihan itu dan akhirnya tergolong di kalangan kaum yang tidak mendapat hidayah-Nya.


Ada juga pihak yang mentakrifkan istidraj sebagai anugerah Allah kepada hamba yang tidak diredai-Nya dan nikmat tersebut datang dalam pelbagai bentuk antaranya kuasa, kemewahan harta benda, kedudukan di sisi masyarakat, pengaruh serta pangkat.


Persoalannya, adakah mereka yang diberikan kemewahan dunia dianggap manusia istidraj? Begitu juga yang diberikan kuasa dan pengaruh. Adakah mereka yang berpangkat besar dianggap istidraj?


Jawapannya, tidak sama sekali. Istidraj hanya untuk golongan yang derhaka kepada Allah. Sebaliknya mereka yang menggunakan kelebihan sama ada kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat ke jalan Allah, pasti beroleh kejayaan di dunia serta akhirat.


Lihat sahaja para sahabat Rasulullah SAW. Ada di antara mereka diberikan kekayaan yang melimpah ruah antaranya, Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman dan Abdul Rahman Auf.


Mereka semua dianggap golongan berada. Siapa tidak kenal Abu Bakar yang juga merupakan khalifah Islam pertama dan seorang usahawan berjaya.


Ketika mudanya beliau berjaya mengumpulkan 40,000 dirham iaitu hasil daripada perniagaannya tetapi tidak pernah leka dengan kekayaan itu.


Semasa menjadi khalifah Islam pertama, Abu Bakar tidak pernah sekalipun menggunakan kuasanya sebagai pemimpin untuk kepentingan diri atau keluarganya kerana beliau amat takut dengan azab Allah.


Abu Bakar merupakan pemimpin hebat yang tidak ada tolok bandingnya dan meninggal dunia dalam keadaan beliau membelanjakan segala hartanya ke jalan Allah.


Berbalik kepada istidraj, manusia derhaka adalah mereka yang tidak mahu menunaikan suruhan Allah dan sering melanggar larangan-Nya.


Mereka enggan menunaikan kewajipan sebagai hamba dan lebih malang, gemar memperlecehkan hukum agama. Mereka juga cenderung melakukan maksiat dan menzalimi orang lain.


Golongan ini akan jauh daripada hidayah Allah. Mereka langsung tidak patuh dengan suruhan Allah.

Mereka enggan bersolat dan mereka terlalu sayangkan harta hingga mengingkari suruhan menunaikan zakat walaupun mereka diberikan pelbagai bentuk kemewahan.


Mereka diberikan segala kenikmatan tetapi tidak pernah bersyukur dengan nikmat. Golongan ini sanggup menindas dan mengambil kesempatan ke atas orang lain demi kepentingan sendiri. Mereka tamak dan tidak pernah mensyukuri nikmat.

Rasullullah SAW pernah bersabda: “Apabila kamu melihat Allah Taala memberi nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”

Menurut pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zahazan Mohamed, terdapat tiga tanda manusia istidraj iaitu sering memperlecehkan ibadat, penasihat di sekelilingnya bukan di kalangan golongan berilmu (dunia semata-mata) dan tidak mempedulikan nasihat yang baik.


Beliau berkata, amat malang apabila golongan yang diberikan kuasa, kemewahan, pengaruh serta pangkat ini lupa bahawa kesemua nikmat tersebut adalah pemberian Allah dan merupakan “pinjaman”.


Mereka hanyut dengan nikmat yang diberikan hingga pada satu peringkat menjadi angkuh dan bangga dengan kelebihan tersebut. Nikmat itu gagal menjadikan mereka lebih tawaduk dan bertaqwa.


“Mereka langsung tidak nampak segala nikmat yang mereka peroleh itu datangnya daripada Allah. Manusia seperti ini (istidraj) tidak akan sedar nikmat itu sebenarnya tanda kebencian Allah terhadap mereka.


“Mereka juga tidak sedar bahawa segala nikmat dan kelebihan itu boleh ditarik pada bila-bila masa,” katanya.

Firman Allah dalam surah Al-A’raaf ayat 182 yang bermaksud: “Dan orang yang mendustakan ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak ketahui.”

Satu lagi Firman Allah iaitu dalam surah Al-An’am ayat 44 yang bermaksud: “Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan).”


Zahazan berkata, kedua-dua ayat di atas merupakan peringatan Allah kepada manusia istidraj bahawa mereka tidak akan selama-lamanya berada di puncak.


“Dalam surah Al-A’raaf ayat 182 tafsir Ibn Kathir ada menyatakan manusia istidraj akan menaiki tangga dan akhirnya sampai ke tangga paling akhir.

“Apabila berada pada kedudukan itu mereka masih mahu menaiki satu lagi anak tangga tetapi malangnya mereka akan jatuh kerana tiada lagi anak tangga selepas itu ,” kata Zahazan merujuk kepada ketamakan golongan istidraj.

Dalam pada itu katanya, kecenderungan berlakunya istidraj di kalangan manusia tetap ada hinggalah ke hari ini. Mereka adalah dalam kalangan mereka yang mendapat penyakit ghurur (tipu daya).

Manusia seperti ini kata Zahazan, mudah lupa daratan dan menganggap kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat sebagai lambang kekuasaan.


“Mereka mengenepikan Allah daripada segala segi dan golongan itu melebihkan kemewahan dunia,” tegasnya.

Contoh manusia istidraj ialah Firaun, Haman, Qarun, Namrud dan Abu Jahal. Kesemua mereka diberikan kelebihan, kenikmatan dan kemewahan tetapi mereka mengingkari Allah.



Akhirnya, mereka dibinasakan oleh Allah dan mati dalam keadaan yang amat hina.

Justeru beliau meminta masyarakat Islam terutama di kalangan mereka yang diberikan kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat supaya bersikap lebih tawaduk.


“Ingatlah semua pemberian tersebut adalah bersifat sementara kerana tiada apa yang kekal di dunia ini dan ingatlah Allah berkuasa menarik segala-galanya dalam sekelip mata,” katanya lagi.


PENULIS ialah wartawan Utusan Malaysia.

Pesanan Rasulullah S.W.T sebelum Tidur

SEBELUM Tidur Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu : 1. Khatam Al Qur'an, 2. membuatkn para nabi memberi syafaat kpdmu di hari akhirat, 3. membuatkn para muslim meredhai kamu, 4. melaksanakan ibadat haji dan umrah. "Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah..Bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?" Rasulullah trsenyum sambil brsabda : "Jika engkau tidur bacalah:- Surah Al -Ikhlas 3 kali ,(maka ia seolah2 kau mgkhatamkan Al Qur'an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, ( maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah2 kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)" - MAFHUM DARI HADIS Sekian , Semoga ia menjadi renungan dan ingatan buat kita semua.

KABINET IBLIS LAKNATULLAH

PRESIDEN/PERDANA MENTERI/FIELD MARSHALL= IBLIS



KEMENTERIAN:



nama: ZAILATUN

kementerian: PERDAGANGAN GELAP DAN TIPU MUSLIHAT

tugas: MENGAJAK PENIAGA SUPAYA MENIPU, BERDUSTA, MENGURANGI TIMBANGAN , MENJALANKAN RIBA' DSB



nama: WAWATSIN

kementerian: KEMARAHAN DAN KETIDAKSABARAN

tugas: AJAK MANUSIA SUPAYA TIDAK SABAR, MENGELUH, MENYALAH KAN ALLAH SWT BILA DTG MUSIBAH, TERGOPOH GAPAH, SOMBONG DSB..



nama: AKWAN

kementerian: KEZALIMAN DAN KEMAKSIATAN

tugas: AJAK MANUSIA MELAKUKAN KEZALIMAN, KHUSUSNYA REMAJA, MENGAJAK MELAKUKAN KEMUNGKARAN, MEMPERLIHATKAN PERBUATAN JAHAT ITU BAIK DAN PERBUATAN BAIK ITU JAHAT



nama: HAFAF

kementerian: PENYESATAN DAN KEKUFURAN

tugas: HASUT MANUSIA UTK MINUM ARAK UTK MEYESATKAN MEREKA YANG AKHIRNYA MEMBAWA KEPADA MAKSIAT LAIN DAN KEKUFURAN (SEBAB ARAK ADALAH IBU SEGALA MAKSIAT)



nama: WAMURAH

kementerian: HIBURAN, KHAYALAN, DAN KEMUNGKARAN

tugas: HASUT MANUSIA SUPAYA SUKA KEPADA HIBURAN YANG MELALAIKAN, MENANYI, MENARI DAN SEGALA SENI YANG MENJAUHKAN DIRI DARI MENGINGATI ALLAH SWT



nama: LAQWAL

kementerian: KESESATAN DAN MURTAD

tugas: PENGARUHI MANUSIA SUPAYA TETAP KAFIR, MUSYRIK, DAN MURTAD HINGGA HILANG KEIMANAN KEPADA ALLAH SWT



nama: A'WAR

kementerian: PENGGODAAN DAN PENZINAAN

tugas: PENGARUHI LELAKI DAN WANITA SUPAYA MELAKUKAN ZINA MELALUI PANAHAN MATA..KEMENTERIAN INI MERUPAKAN PAKAR SEKS HARAM



nama: AL-WASNAN

kementerian: KEMALASAN DAN PENANGGUHAN

tugas: AJAK MANUSIA MALAS MELAKUKAN IBADAH, LALAI BILA MELAKUKAN IBADAH DAN MENANGGUH DARIPADA MELAKUKAN KEBAIKAN..



nama : DASIM

kementerian: PEROSAK RUMAH TANGGA DAN KELUARGA

tugas: GODA SUAMI ISTERI, ANAK2 DAN AHLI KUARGA SUPAYA BERGADUH, CURANG, KHIANAT, SUMBANG MAHRAM



nama: DAJJAL (ANAK HARAM IBLIS DGN MANUSIA)

kementerian: SYIRIK DAN KEROSAKAN DI MUKA BUMI

tugas: MUNCUL KETIKA WAKTU HAMPIR KIAMAT, MENGAKU TUHAN, MENGGODA DAN MEMAKSA MANUSIA MENYEMBAHNYA

Kesan Zikir Kepada Otak

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.

Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Rujukan: Halaqah.Net

ape nak jadi nie........

SHAH ALAM: PAS Selangor akan menurunkan hampir separuh ahlinya di negeri itu untuk menyertai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Menurut Setiausaha PAS negeri yang baru Mohd Khairuddin Othman, PAS Selangor mempunyai 72,000 ahli dan dijangka akan menurunkan 50,000.

“PAS Selangor akan turun paling kurang 50,000 orang ahli dalam himpunan Bersih,”katanya dalam sidang media pertama selepas pelantikan kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri yang baru.

Mohd Khairuddin turut memberi peringatan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar tidak mengwujudkan provokasi ketika himpunan yang diadakan serentak pada 9 Julai ini.

Beliau turut menasihatkan agar anak-anak buah Datuk Ibrahim Ali menjaga tingakah laku sepanjang himpunan diadakan.

Selain Bersih, Perkasa dan Pemuda Umno masing-masing akan mengadakan himpunan yang sama pada hari tersebut.

“Perkasa jangan cuba buat provokasi, jangan anggap orang yang turun ke jalanan adalah orang tidak bertamadun.

“Berdasarkan sejarah, demonstrasi yang dianjurkan PAS tidak pernah berlaku kekecohan dan pada himpunan Bersih yang lalu ia berjalan dengan aman dan tidak ada satu pasu pun yang pecah.

Perkasa tidak ramai

“Perkasa ini tidak ramai, mereka hanya cakap…kita tunggu dan lihat nanti dan saya minta Perkasa jaga ahli dan disiplinkan ahli dulu,” katanya.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

Menurutnya, ahli PAS yang turun menyertai himpunan Bersih 2.0 tidak perlu bimbang sekiranya ditahan kerana pihaknya akan menyediakan khidmat guaman.

“Mana-mana ahli kita yang ditahan, PAS pusat akan menyediakan khidmat guaman mereka dari hari ditahan sehingga dibawa ke mahkamah rayuan secara percuma,” katanya.

Ujar beliau, PAS tidak akan menyediakan kemudahan logistik-pengangkutan kepada mana-mana ahli.

“Tidak pernah jadi strategi kita naik bas. Ahli kita faham bagaimana. Nanti kalau ada sekatan jalan raya habis kita,” katanya berseloroh.

Bersih yang terdiri daripada gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) menuntut keadilan dan pilihan raya adil serta bersih.

sumber:: http://www.freemalaysiatoday.com