Saturday, November 12, 2011

MINTA IZIN SUAMI ATAU SETAKAT BERITAHU SAHAJA..




SEORANG SUAMI MEMBERITAHU, isterinya selalu memberitahunya tentang sesuatu tindakan yang hendak dilakukan, atau untuk keluar rumah, ketika perbuatan atau tindakan tersebut hampir berlaku. Contohnya: "I dah janji dengan kawan nak ke pekan jam 3 ni." … Masa tu, hanya beberapa minit ke jam 3 dan si isteri dah pun bersiap nak keluar. Nak larang? Mesti bergaduh besar la, katanya... Hukum syarak menetapkan seorang isteri perlu mendapatkan izin suami untuk melakukan apa juga tindakan dan perbuatan termasuk untuk keluar daripada rumah walaupun untuk bekerja, ke pasar atau ketika berdepan dengan kes-kes kecemasan...



Diriwayatkan pada zaman Rasulullah S.A.W., seorang isteri diberikan pengiktirafan oleh baginda Rasulullah s.a.w. kerana tahap ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada si suami. Menurut riwayat, si suami terlibat dalam perang berjihad ke jalan Allah.. Dalam tempoh tersebut, si isteri yang ditinggalkan di rumah didatangi seorang saudaranya daripada kampung mengkhabarkan tentang ayahnya yang sakit tenat. Si isteri hanya menjawab: "Baliklah dahulu. Suamiku tiada di rumah.".. Tak lama, saudara tadi berjumpa sekali lagi dengan si isteri, mengkhabarkan ayahnya telah meninggal dunia. Si isteri masih berikan jawapan yang sama: "Baliklah dahulu. Suamiku tiada di rumah."… Tidak lama, si suami pulang daripada berjuang. Si isteri memberikan sepenuh layanan kepada si suami... Bila yakin si suami mendapat layanan sebaiknya, barulah si isteri mengkhabarkan berita tentang ayahnya…Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w., baginda memberitahu bahawa ayahnya masuk syurga kerana anak yang taat kepada suaminya itu…



Kisah ini adalah sebagai panduan betapa seorang isteri perlukan izin daripada suami dalam setiap perkara hatta kes kecemasan sekalipun yang melibatkan kaum keluarga si isteri. Memang itu kehendak hukum syarak…. Terdapat perbezaan yang besar antara dapatkan izin dan beritahu. Kalau isteri beritahu dan suami tidak izinkan, si isteri tidak boleh lakukan perkara yang dihajati tersebut. Seorang isteri memberitahu: “… Jika suami ada di rumah, saya akan mohon izin untuk keluar rumah bekerja dan lakukan perkara-perkara yang penting dan perlu untuk keperluan diri dan keluarga... izin umum perlu, jika dalam keadaan suami tiada di depan mata saya atau sukar nak hubungi suami..”...



Namun, dalam zaman serba mudah dan canggih ini, tiada erti susah dan sukar nak dapatkan izin suami. Sekelip mata, anda boleh maklumkan dan dapatkan izin suami. Paling penting, perancangan awal. Jangan pulak dah janji dulu dengan kawan kemudian baru minta izin dan cakap pulak, dah janji dengan kawan. Itu ertinya memaksa suami bagi izin. Kalau izin dalam keadaan terpaksa, sama lah seperti izin tanpa rela dan redha suami. Jika terjadi apa-apa kesan daripada izin terpaksa tersebut, anda boleh dinobatkan sebagai isteri nusyuz. Walaupun begitu, terdapat pengecualian di dalam perkara tertentu iaitu hal keganasan rumahtangga, ketika membelanjakan wang hasil pendapatan sendiri dan hal-hal kes keselamatan. Jika isteri adalah mangsa keganasan rumahtangga, sering dipukul dan dibelasah oleh suami, tidak perlulah dapatkan izin suami untuk keluar rumah nak buat aduan ke balai polis dan dapatkan pemeriksaan perubatan.… Hanya yang membahayakan keselamatan. Jangan merajuk saja dah keluar rumah kemudian buat laporan polis...



Perkahwinan adalah perkongsian hidup suami isteri.. Islam telah menetapkan peranan dan tanggungjawab suami dan isteri di dalam rumahtangga.... hormatilah pasangan anda ... kerana isteri berhak ke atas anda, sama seperti anda juga berhak ke atas isteri anda...

No comments:

Post a Comment