Tuesday, June 21, 2011

ape nak jadi nie........

SHAH ALAM: PAS Selangor akan menurunkan hampir separuh ahlinya di negeri itu untuk menyertai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Menurut Setiausaha PAS negeri yang baru Mohd Khairuddin Othman, PAS Selangor mempunyai 72,000 ahli dan dijangka akan menurunkan 50,000.

“PAS Selangor akan turun paling kurang 50,000 orang ahli dalam himpunan Bersih,”katanya dalam sidang media pertama selepas pelantikan kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri yang baru.

Mohd Khairuddin turut memberi peringatan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar tidak mengwujudkan provokasi ketika himpunan yang diadakan serentak pada 9 Julai ini.

Beliau turut menasihatkan agar anak-anak buah Datuk Ibrahim Ali menjaga tingakah laku sepanjang himpunan diadakan.

Selain Bersih, Perkasa dan Pemuda Umno masing-masing akan mengadakan himpunan yang sama pada hari tersebut.

“Perkasa jangan cuba buat provokasi, jangan anggap orang yang turun ke jalanan adalah orang tidak bertamadun.

“Berdasarkan sejarah, demonstrasi yang dianjurkan PAS tidak pernah berlaku kekecohan dan pada himpunan Bersih yang lalu ia berjalan dengan aman dan tidak ada satu pasu pun yang pecah.

Perkasa tidak ramai

“Perkasa ini tidak ramai, mereka hanya cakap…kita tunggu dan lihat nanti dan saya minta Perkasa jaga ahli dan disiplinkan ahli dulu,” katanya.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

Menurutnya, ahli PAS yang turun menyertai himpunan Bersih 2.0 tidak perlu bimbang sekiranya ditahan kerana pihaknya akan menyediakan khidmat guaman.

“Mana-mana ahli kita yang ditahan, PAS pusat akan menyediakan khidmat guaman mereka dari hari ditahan sehingga dibawa ke mahkamah rayuan secara percuma,” katanya.

Ujar beliau, PAS tidak akan menyediakan kemudahan logistik-pengangkutan kepada mana-mana ahli.

“Tidak pernah jadi strategi kita naik bas. Ahli kita faham bagaimana. Nanti kalau ada sekatan jalan raya habis kita,” katanya berseloroh.

Bersih yang terdiri daripada gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) menuntut keadilan dan pilihan raya adil serta bersih.

sumber:: http://www.freemalaysiatoday.com

No comments:

Post a Comment