Saturday, January 22, 2011

All Seeing Eyes (Mata Dajjal) di Mid Valley?

Mungkin anda biasa lihat simbol di bawah ini?


Simbol tersebut adalah simbol All Seeing Eye, sila rujuk di sini untuk mendapatkan sedikit info mengenainya. Secara umumnya, simbol 'mata satu' (All Seeing Eye) ini simbolik kepada dajjal.

Percaya atau tidak, secara senyap-senyap, ada beberapa group/individu telah membina sebuah infrastruktur yang seakan-akan menyamai simbol 'mata satu' ini. Dan yang paling mengejutkan, ianya berada di negara kita Malaysia iaitu di Mid Valley. Mari kita sama-sama perhatikan hasil kajian rakan pengunjung laman web ibnuyaacob.com


Seorang pengunjung ibnuyaacob menghantar emel kepada ibnuyaacob mengatakan bahawa pelan lokasi Midvalley, Petaling Jaya jika dilihat menggunakan Google Maps adalah berbentuk Mata Dajjal (All Seeing Eye). Pengunjung tersebut juga tidak menyatakan sumber asal maklumat ini.

Di sini, ibnuyaacob telah melakarkan semula bentuk ‘mata’ tersebut berdasarkan imbasan carian Google Maps.



Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, di Midvalley juga adalah tempat sebuah consultant Yahudi beroperasi iaitu APCO Worldwide yang suatu masa dahulu menjadi pertikaian di Parlimen atas sebab keputusan kerajaan Malaysia membayar RM70 juta menggunakan khidmat APCO.

Di bawah ialah alamat APCO Worldwide yang menggunakan pejabat yang sama dengan Mind Team Sdn Bhd.

Alamat : APCO Worldwide Sdn. Bhd.Level 21, Suite 21.01, The Garden South Tower, Midvalley City

Pengarah Cawangan Malaysia : Paul Stadlen

Mid Valley City dimiliki sepenuhnya oleh IGB Corporation.

p/s: Semakin hari, semakin nampak usaha-usaha para tentera dajjal untuk menguasai dunia. Namun, kita masih lagi lalai dengan kerja-kerja dunia. Ayuh saudara-saudaraku, kita bersama-sama berusaha untuk mentaati segala perintah Allah SWT. Mudah-mudahan Allah memberikan pertolongan kepada hamba-hambanya yang taat kepadaNya.
Sumber: blog ibnuyaacob

No comments:

Post a Comment